Apabila matahari digulung,
Dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
Dan apabila gunung-gunung dihancurkan,
Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan),
Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan
Dan apabila lautan dipanaskan,
Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh),
Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
Kerana dosa apakah dia dibunuh,
Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,
Dan apabila langit dilenyapkan,
Dan apabila neraka Jahim dinyalakan,
Dan apabila syurga didekatkan,
Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.
SURAH AT TAKWIIR AYAT 1 – 14
DI KALA TERJADI PERISTIWA-PERISTIWA BESAR PADA HARI KIAMAT, TAHULAH TIAP-TIAP JIWA APA YANG TELAH DIKERJAKANNYA WAKTU DI DUNIA
Posted by Maizatul Akmam Ismail Labels: ISLAMAPABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."
ilmu..
asas untuk kita mencapai kejayaan
ilmu..
pentingNya bagai senjata di medan perang
untuk menempuh cabaran di masa hadapan
yang menjanjikan hidup bahagia
pada kita semua
ibu
ku bawa bingkisan kejayaan untukmu
ayah
akan ku balas jasa-jasa mu itu
pasti akan ku temu juga kejayaan itu
walau terpaksa merantau jauh
dari dirimu
walau sukar...
ku tempuh jua
pepatah melayu pernah berkata
tidak kenal.. maka tidak lah cinta
oleh itu......
cintailah ilmu
berusaha bersungguh-sungguh
marilah teruskan usaha
untuk kejayaan bersama
oh ilmu
pastinya ku tuntut hingga berjaya
pepatah melayu pernah berkata
tidak kenal.. maka tidak lah cinta
oleh itu......
cintailah ilmu
berusaha bersungguh-sungguh
semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan
oh TUhan
hanyalah padamu kami berserah
oh TUhan
hanyalah padamu kami berserah......
** Hayatilah.. Pembakar Semangat Waja
PERISTIWA-PERISTIWA DI WAKTU TERJADINYA HARI KIAMAT
Ayat 13 - 18
Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. (tiupan yang pertama yang pada waktu itu alam semesta menjadi hancur.
Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.
Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,
Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.
Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.
Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).
