KEMULIAAN LAILATUL QADR

SURAT AL QARD AYAT 1 – 5

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

AMALAN PADA ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN

1. Berpuasa
2. Solat hajat (minta jodoh yang baik dan soleh)
3. Baca doa Yusuf(ayat 4) dan hembus kat air dan basuh muka.

KEADAAN PENGHUNI-PENGHUNI NERAKA DAN PENGHUNI-PENGHUNI SYURGA

SURAT AL GHAASYIYAH AYAT 1 – 16

Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?
Banyak muka pada hari itu tunduk terhina,
Bekerja keras lagi kepayahan,
Memasuki api yang sangat panas (neraka),
Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas.
Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri,
Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.
Banyak muka pada hari itu berseri-seri,
Merasa senang kerana usahanya,
Dalam syurga yang tinggi,
Tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna
Di dalamnya ada mata air yang mengalir.
Di dalamnya ada taktha-takhta yang ditinggikan,
Dan gelas-gelas yang terletak (di dekatnya),
Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun,
Dan permadani-permadani yang terhampar.

... MUSLIMAH ….

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama ketegasan umpama benteng negara dan agama dari dirobohkan dan jua dibinasakannya.
Diri kita ibarat intan berlian. Lagi dijaga dan disimpan rapi. Lagi tinggi nilainya dan lagi mahal la harganya. Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan. Terdedah dan dipegang-pegang. Akhirnya menjadi rosak dan basi. Muslimah, peliharalah aurat dan maruah dirimu

CELAAN TERHADAP MANUSIA YANG DURHAKA KEPADA ALLAH

Apabila langit terbelah,
Dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan,
Dan apabila lautan dijadikan meluap,
Dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,
Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya.
Hai manusia, apakah yang telah mempedayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang.
Dalam bentuk apa saja yang DIa kehendaki, Dia menyusun tubuh-mu.
Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.

SURAH AL INFITHAAR AYAT 1 – 9

Apabila matahari digulung,
Dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
Dan apabila gunung-gunung dihancurkan,
Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan),
Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan
Dan apabila lautan dipanaskan,
Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh),
Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
Kerana dosa apakah dia dibunuh,
Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,
Dan apabila langit dilenyapkan,
Dan apabila neraka Jahim dinyalakan,
Dan apabila syurga didekatkan,
Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.

SURAH AT TAKWIIR AYAT 1 – 14

PESAN ROH KEPADA MANUSIA HIDUP

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

ILMU

ilmu..
asas untuk kita mencapai kejayaan
ilmu..
pentingNya bagai senjata di medan perang
untuk menempuh cabaran di masa hadapan
yang menjanjikan hidup bahagia
pada kita semua

ibu
ku bawa bingkisan kejayaan untukmu
ayah
akan ku balas jasa-jasa mu itu
pasti akan ku temu juga kejayaan itu
walau terpaksa merantau jauh
dari dirimu
walau sukar...
ku tempuh jua


pepatah melayu pernah berkata
tidak kenal.. maka tidak lah cinta
oleh itu......
cintailah ilmu
berusaha bersungguh-sungguh
marilah teruskan usaha
untuk kejayaan bersama

oh ilmu
pastinya ku tuntut hingga berjaya


pepatah melayu pernah berkata
tidak kenal.. maka tidak lah cinta
oleh itu......
cintailah ilmu
berusaha bersungguh-sungguh
semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan
oh TUhan
hanyalah padamu kami berserah
oh TUhan
hanyalah padamu kami berserah......

** Hayatilah.. Pembakar Semangat Waja

PERISTIWA-PERISTIWA DI WAKTU TERJADINYA HARI KIAMAT

Al Haaqaah (Hari Kiamat)
Ayat 13 - 18

Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. (tiupan yang pertama yang pada waktu itu alam semesta menjadi hancur.

Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.

Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat,

Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).